Antara muka baris perintah
Antara muka baris perintah

Antara muka baris perintah

Antara muka baris perintah (bahasa Inggeris: command line interface, singkatan CLI) merupakan satu cara berinteraksi dengan sesuatu sistem pengendalian. CLI ini boleh jadi terminal bentuk teks atau terminal berbentuk pelagak (emulator) bahkan mungkin juga dalam bentuk cangkerang kawalan jauh seperti PuTTY. Konsep CLI bermula apabila mesin teletaip disambung kepada komputer pada 1950-an, dan menawarkan keputusan atas permintaan, berbanding dengan teknologi input kad tebuk mekanikal berorientasikan 'kelompok'. Perkembangan ini diikuti dengan terminal CRT berasaskan teks khas, dengan interaksi lebih pantas dan lebih maklumat dapat dilihat pada suatu masa, kemudian terminal grafik mengayakan paparan pandang maklumat. Kini, komputer peribadi melakukan kedua-dua tugas dalam perisian.